APRIL 2023

MINTRED Bantu Usahawan Sarawak Promosi Produk Di Pasaran Luar


KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) mengunjungi Malaysia Grand Bazaar dan Lalaport Kuala Lumpur di sini, baru-baru ini.

Kunjungan itu diketuai Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau melawat usahawan Sarawak yang memiliki ruang niaga di premis tersebut.

Premis terbabit menyediakan ruang niaga kepada usahawan Bumiputera yang di bawah pengurusan Urban Development Agency (UDA). Ia merupakan  agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). 

Lawatan itu bertujuan meninjau dan melihat peluang serta ruang kerjasama  MINTRED dan UDA bagi membantu usahawan  Sarawak mempromosi dan memasarkan produk-produk mereka di pasaran Semenanjung dan antarabangsa.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah  Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Senator Saraswathy Kandasami,  Penasihat PKS MINTRED, Datuk  Mohd Naroden Majais, Pemangku Setiausaha Tetap MINTRED, Dzulkornain Masron dan  Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Berhad, Datuk Sr. Mohd. Salem Kailany.

Sumber dari : Jiwa Bakti